salam maulidur rasul

Posted in umum on Mac 10, 2009 by kopokkopok

semalam(9.3.2009) merupakan tarikh keramat; iaitu tarikh kelahiran nabi kita,MUHAMMAD S.A.W.walaupun para ulama berbeda pendapat.

namun setiap tahun di malaysia kita menyambutnya secara besar-besaran.ironinya supaya anak-anak muda(saya juga) faham erti sebenar diutuskan para Nabi. rasa sedih dan terkedu bila menonton REMAJA di tV3 melihat rakan-rakan yang lupa tarikh keramat ini.

sirah nabi begitu panjang.moga kita sama-sama membaca & menghayati.

24th Already

Posted in umum on Februari 17, 2009 by kopokkopok

Salam..terima kasih kepada teman-teman yang mendoakan kesejahteraan saya sempena ulangtahun kelahiran saya ke-24,sama ada di friendster atau khidmat sms. Rasanya baru semalam saya dan kawan-kawan bermain selut (lumpur) sambil mandi di tepi parit dekat dengan sawah Poklong Hussin.

Salam penghargaan juga kepada teman-teman yang datang memeriahkan bbq di rumah saya di Suriamas. Walaupun satu badan dimandikan dengan air kunyit, terima kasih kerana datang walaupun esok mempunyai kerja dan kuliah. Terutamanya kepada sapuan(gimik air pancut=p) dan acap jr (super junior gelarannya)

Hari ini saya sudah memasuki 24 tahun.Syukur pada ALLAH yang panjangkan umur saya. Bunyinya macam sudah tua.namun bak kata orang makin tua makin berisi . moga bukan sahaja “berisi” perut yang sudah 70kg ini. Namun berisi dari segi sumbangan kepada agama dan Negara. Doa dan dokongan dari teman-teman sentiasa dihargai.

Terima kasih

Mohd Najib Bin Zakaria

apo keno yOb..!!!

Posted in politik on Februari 12, 2009 by kopokkopok

mungkin saya agak terlewat disini.alasannya pulang ke Kelantan.kemudian kunci rumah dan kad akses saya hilang.dari salak selatan ke bdr sunway saya mencari.sempat juga mempelajari bagaimana membuat laporan polis.

menarik perkembange di perOk deh“, kata seorang ustaz yang selalu membawa jemaah dari malaysia ke Mekah mengerjakan umrah

paginya pula..di sebuah kedai tidak jauh dari wakaf Che Yeh nada yang lebih ekstrim kedengaran..ginilah kalu org k**** rentoh gak..merujuk situasi di perak

sebenarnya penulisan saya kali ini tidak sesuai kepada mereka yang ekstrim.bahasa mudahnya “kalu ayah dio pas gak dia sokong pas..kalu ayah dia umno dia sokong umno”.

berfikirlah secara rasional dan bijaksana

saya melihat situasi menarik ni tidak lebih dari permainan politik orang atasan.yakni pemimpin politik dari kedua-dua pihak.yang tertipu siapa?RAKYAT..

sekiranya anda berpendapat bahawa pemimpin anda sokong itu sama ada dari PAS,BN,DAP atau PKR bersih dan suci.anda silap. semua ini politik dan hanya orang yang pandai ambil kesempatan sahaja yang akan menang-saya cuba untuk menyebut MB kelantan tidak termasuk dalam senarai ini.

Beberapa fakta yang saya kira boleh dibuat penilaian oleh orang yang cerdik dan sememangnya semua orang ketahui.

selepas PRU ke-12..penasihat PKR mencanang-canang ramai YB(YANG BAIK kata anak sedara saya sewaktu ayahnya ingin bertanding-sebab tidak tahu maksud YB itu) akan menyertai pembangkang.sama ada melalui “tunai” atau secara “terhormat” seperti ADUN Bota.

sungguh saya tidak tahu.tapi apakah tindakan Pakatan Rakyat(PR) apabila peristiwa itu(kes ADUN bota).mereka kata itu positif.tapi bila kejadian sama berlaku kepada PR.mereka kata itu salah. jika kita buat boleh orang lain pun boleh buat benda yang sama.inilah POLITIK sahabat sekalian.

Hari ini Perak mendapat MB besar yang baru(idup manjong kata seorang sahabat saya dari perak).Dari segi undang-undang tanyalah Karpal sendiri pelantikan ini SAH..cuma lebih manis kalau dilakukan di Dewan yang Mulia.

saya juga bersimpati kepada Mantan MB kerana “dihalau dan dihambat sebegitu. sebagaimana kejam pun politik seharusnya kita hormatilah orang yang pernah menjadi MB.

Namun jika kita melihat isu ini sebagai suatu tindakan untuk menjatuhkan agama islam.saya berpendapat ia silap.kita tanya balik siapakah yang berkuasa di perak sebelum ini dan adakah MB yang baru ini bukan beragama islam. jangan kita rasa kita lebih islam dari orang lain.

Seperkara lagi merujuk kepada istilah DAULAT dan Derhaka.sebagai seorang pelajar sejarah(memimjam kata-kata Prof Abdullah Zakaria,um) saya agak memahami maksud tersebut.

Memang benar, akhbar yang di kuasai oleh kerajaan hari ini bayak memutar belit.sebab itu selain baca utusan saya juga membaca berita lain. saya percaya rakyat perak tidak ingin derhaka kepada sultan perak.begitu juga dengan mantan MB, tapi sebagai manifestasi kemarahan sahaja.

ini bukan sesuatu yang baru.di Terengganu juga pernah berlaku. apabila MB ketika itu(orang kg saya-jerteh) tidak diterima oleh Sultan.jadi rakyat dikuasai oleh emosi.emosi itu datang dari sape?dari pemimpin atasan.situasi ini juga sama di perak saya kira.

akhirnya saya rasa penyelesaian kepada krisis ini ialah “tunggu dan lihat”.saya kata sedemikian kerana selepas ini rakyat bukit gantang(perak) dan bukit selambau(kedah) akan membuat pilihan sekali lagi.bukit gantanglah saya kira keputusannya sama ada rakyat pilih siapa.nampaknya orang paling sibuk selepas PRU12 ialah SPR lah.sebab terlalu banyak pilihanraya.selepas ini dimana pula?

dari kuala ganu ke um..

Posted in politik on Januari 23, 2009 by kopokkopok

Tajuk diatas aku jumpa sewaktu melihat satu komen di friendster.ceritanya seorang pelajar yang menasihatkan rakan-rakanya untuk membuat pemilihan yang tepat dalam pilihanraya kampus um.

setiap kali pilihanraya tidak kira umum atau kampus pastinya banyak isu yang timbul.begitu juga di kuala terengganu. banyak faktor yang diperkatakan mengenai kekalahan parti memerintah. paling hangat tentang calon. seperti biasa aku tidak mahu memberi sebarang komen mengenai situasi diatas.yang pasti kekalahan tersebut memang dijangka awal-awal lagi,walaupun bakal PM berkempen hampir dua minggu di kuala ganu.

situasi di atas juga seperti dijangka juga berlaku di universiti perdana,universiti malaya. tahniah kepada Pro-M. bukan niat untuk menidakkan kejayaan pro-m di um namun dari awal-awal lagi seperti dijangka aspirasi atau dikenali sebagai GERAK MAHASISWA sekarang tidak mampu mengekalkan kemenangan di UM.

tanpa malu, aku juga “orang” aspirasi dan berjuang bersama-sama rakan-rakan untuk memberi kemenangan kepada aspirasi.namun berapa ramai “orang-orang” lama aspirasi yang kecewa dengan aspirasi.ini kerana dalam aspirasi sendiri wujud “blok-blok pemisah”. jentera aspirasi hanya diperlukan semasa pilihanraya lepas itu dibiarkan berterbangan sendiri.

walaupun aku terpalit besar dengan isu “bekas s/u” aku yang kini menjadi orang kuat Pro-M atau mungkin s/u MPP-suatu tamparan besar bagi sebuah kolej kediaman dan juga pemangku pengetunya. namun aku rasa kemenangan proM kali ini wajar diiktiraf.berilah peluang untuk “budak-budak” baru untuk menilai.dan akhirnya hanya kerja yang baik jua yang akan dinilai  .bukan setakat laungan”perubahan”.namun hasil satu pun tiada.

seterusnya kemenangan proM juga memberi singnifikan kepada orang-orang aspirasi yang korup dan lari dari perjuangan sebenar.

takbiR raya..

Posted in Uncategorized on September 30, 2008 by kopokkopok

malam ini merupakan malam yang ditunggu oleh semua orang. ini kerana pagi esok umat islam akan merayakan hari raya Aidilfitri..hari yang mulia..tanda kemenangan sebulan berpuasa.pastinya Aidilfitri mengamit seribu kenangan lagi.pada waktu inilah si anak balik berjumpa dengan ibu dikampung dan sebagainya..

bunyi dentuman mercun disana-sini sehingga menengelamkan bunyi takbir raya.alangkah bagus andainya anak-anak yang bermain mercun itu pegi ke masjid dan bertakbir.penulis tidak suka bermain mercun kerana tidak tahan dengan asap bukan takut k..=p

pastinya aidilfitri yang tiba ini mengembirakan aku..bukan sahaja esok paginya boleh menziarahi “saing-saing” tapi juga kepulangan ibuku dari umrah dengan selamat.alhamdulillah.waktu inilah yang mengingatkan ak kepada arwah ayah.semoga rohnya dicucuri rahmat.insyaAllah.

kesempatan yang terbatas ini aku ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada semua yang membaca tulisan ini andai ada yang tersilap dan tersalah harap dimohon ampun.semoga aaidilfitri ini bakal membawa sinar kebahgian kepada semua.

sehingga berjumpa lagi..

melayu itu racist?

Posted in politik on September 8, 2008 by kopokkopok

sebenarnya artikel ini aku nak keluarkan pada isnin lepas sejurus tim. perdana menteri malaysia bukan najib zakaria tapi najib tun razak pohon maaf diatas “ceramah perkauman”yang dibuat oleh datuk Ahmad.tindakan ini mengecewakan ramai orang melayu.

pohon maaf bukanlah perkara asing bagi masyarakat melayu yang kaya dengan adat dan budaya.namun mestilah dibuat dengan sebab yang munasabah.

aku tidak berminat untuk memberi komen panjang kerana sebenarnya orang yang berada ditempat kejadian sahaja yang mengetahui isi kandungan ceramah tersebut.ini juga balasan kepada parti pemerintah yang selalu memetik perenggan-peranggan yang salah sahaja untuk menghentam pembangkang. cadangan saya tiru sahaja pembangkang yang merakam setiap ceramah kemudian dijual.selain dapat wang boleh juga menjadi bukti.tidak perlu bertengkar dalam surat khabar.

namun aku terpanggil dek kerana begitu banyak ketuanan melayu dicabar SEKARANG. satu persatu.antaranya ialah tindakan Datuk Hishamuddin menghunus keris semasa perhimpunan UMNO juga dianggap salah sedangkan itu sudah menjadi kebiasaan dalam budaya melayu.kenapa tidak diprotes bila ada raja-raja yang menghunus keris dan menciumnya.namun apa yang dikesalkan kenapa menteri tersebut pula yang tampil memohon maaf sedangkan orang tidak mendesaknya.adakah kerana dianggap sebagai sebab parti pemerintah kalah dalam p/raya lepas.

memang benar kata Che Det bahawa melayu takut dilabel sebagai racist atau perkauman.kerana takut melukakan kaum lain. ini jelas sekali berkait dengan politik.mereka sanggup untuk meminta maaf untuk menyelamatkan kaadaan walaupun maruah melayu dicabar.tambahan pula disaat genting 16 september.

ak juga mempunyai kawan-kawan dari kaum lain.cina,india, termasuk juga sabah dan serawak.sebagai seorang pelajar sejarah kenyataan datuk Ahmad sebenarnya tidaksalah kerana sejarah tidak akan menipu manusia.kalau tidak percaya rujuk sahaja buku sejarah.

teman juga terkejut bila mendapat satu sms dari seorang kawan. sesiapa yang membaca sms tersebut juga akan “panas”. nama perlu dirahsiakan kerana dia mempunyai jawatan yang tinggi juga. beliau mendakwa seorang ahli parlimen wanita DAP pada 26 jun 08 telah menghantar satu petisyen penduduk di Puchong kpd Dato Satim Diman minta agar azan subuh diperlahankan kerana mendakwa mengganggu ketenteraman awam.tidakkah hal ini melukakan hati orang melayu-islam?dan banyak lagi isu ketuanan melayu lain!!

perkembangan-perkembangan ini seharusnya menyedarkan pemimpin-pemimpin melayu, orang melayu dan kita bahawa hak melayu harus dipertahankan dan dimurnikan. hal ini menuntut generasi pasca kemerdekaan untuk berfikir bukan juga melaungkan persamaan demi populariti dan kemenangan politik..

kali ni sama2 la lita pikir.. peas!!

ada apa dgn UM..

Posted in umum on September 8, 2008 by kopokkopok

Pada 3 september lepas menteri KPT, Datuk Mohamad Khaled Nordin telah mengumumkan USM- “The Universiti in a Garden oleh reader Digest” terpilih menerajui APEX.

Untuk rekod APEX ialah akronim yg digunakan untuk merujuk kepada Accelerated Program For Excellence atau Program Pemacuan untuk Kecemerlangan(keterangan lanjut boleh rujuk sisipan khas KPT pada 9sept)

APEX juga tutur dicanang oleh PMIUM pada pilihanraya kampus yang lepas.

ternyata pengumuman ini mengejutkan semua pihak termasuk saya walaupun bukan lagi warga um dan melukakan hati setiap alumni UM yang ramai diluar sana. 

apakah kekurangan UM?atau adakah pihak yang bertanggungjawab untuk melobi tidak bersungguh-sungguh untuk mendapatkan PENARAFAN APEX! UM yang bukan saja universiti tertua tetapi juga mengatasi USM dalam penarafan dunia yang menduduki tangga ke-246, berbanding USM di tempat 307.

Sistem Penarafan IPT Malaysia (Setara) oleh Kementerian Pengajian Tinggi juga menunjukkan UM mencapai tahap cemerlang lima bintang sedangkan USM hanya mendapat tiga bintang?

atau memang ranking yang dikuarkan oleh Times Higher Education Supplement (THES) boleh dibeli dengan duit.mudah diperkotak katikkan!!

menteri kpt tersebut dalam mengulas mengapa UM tidak terpilih sebagai univ APEX menyatakan bahawa syarat universiti tertua dan menduduki ranking terbaik bukan kriteria untuk terpilih sebagai universiti APEX.

Untuk kita yang selalu melaungkan UM IS ONE!! setiap kali MHS(momen indah sebenarnya) dan kemana-mana sahaja pergi wajar memikirkan semula..adakah um is one..huhuhu.. 

kad raya..yea!!!

Posted in umum on September 4, 2008 by kopokkopok

setiap hari raya bakal menjelma kita sentiasa mengharapkan kad hari raya. sama ada yang kartun-lawak bodoh atau yang mahal sedikit.posmen ialah orang yang paling ditunggu pada waktu ini.kita mesti bangga dan bersorak..yahoOo..kalau mendapat kad raya lebih-lebih lagi dari awek atau admirer kita.mahu seluruh kg tahu die mendapat kad raya.caranya meninggalkan lebih lama kad raya yang dihantar ke kedai2(bg yg xde alamat)malah sanggup menghantar kad raya untuk diri sendiri bg membuktikan dia juga punyai peminat..haha (sst yang ak xpernah buat dan paling tidak boleh diterima)

dek kerana kemajuan teknologi..orang sekarang tidak lagi menghantar kad raya malah lebih senang menghantar sms sahaja..keburukannya sms yang dihantar adakalanya sama dan akan didelate kalau memori sudah penuh.malah sms juga tidak menunjuk “keikhlasan” sebenar kita.untuk itu aku rasa raya kali ini aku ingin menghidupkan kembali kad raya.sesuatu yang tidak sempat aku lakukan semasa belajar dahulu..hehe.dan ak takkan terguris kalau aku tidak mendapat balasan..kakaka..jadi sape yang rasa nak kad raya boleh hantar alamat kat ak.mungkin alamat yang diberi dahulu ak dah tak jumpa..

kad raya masih relevan?=p..lu pikir la sendiri..hee

pose dok arini~

Posted in ceritera on September 4, 2008 by kopokkopok

salam ramadhan buat semua..hari ini sudah empat hari orang islam di malaysia berpuasa.ini kerana bagi negara-negara lain seperti afrika mereka berpuasa sehari lebih awal..barangkali bulan disana muncul lebih awal..hehe..

sejak hari pertama lagi ak ingin meluangkan masa untuk menaip di dalam ruangan ini namun memikirkan “mood n feel” puasa belum menerjah lagi dalam diri aku jadi aku rasa baru sekarang masa yang sesuai untuk berkongsi cerita disini..risau juga kalau-kalau semangat awal itu ibarat hangat-hangat tahi ayam..hee..

bulan ramadhan kali ini agak istimewa.ini kerana aku menyambutnya dirumah.berbeza tahun-tahun sebelum ini.aku meraikannya di kolej 4,UM..masih teringat dan terbau lagi nasi lemak maple yang sentiasa terhidang sebelum azan subuh..kemudian barulah masing-masing balik ke sarang..dan adakala sehingga terbabas(terbabas ke) sehingga ke azan maghrib..haha..itu yang sebenarnya yg kurang elok..bukan sahaja ponteng kelas juga boleh “kurus” puasa..huhu..namun kenangan itu sentiasa tersemat dijiwa ini..itulah kalau ingin hidup berdikari!!!

namun situasi itu berbeza bila dirumah..seawal jam 12mlm mata ini seolah-olah ingin tertutup rapat.ini kerana seawal jam 5 pagi ak dah dikejutkan oleh suara-suara yang hangat..”najiBbbb…huRm..kenalah bangun juga..amik fadhilat sahur..yang beznya kite bOleh pergi balasOh dan kemudian jOgging..itu pun kalau berjaya berperang dengan tidurRRRrr..zzZZz..

kl dah tidur tak sah kalau bangun pukul 10 atau 11pg.tapi takpe sebab mak tak marah sbb anak die solat subuh..hehe..kl kena g sekolah tapi bila dah tanam anggur ni lepak besT.com ler..hihi..

tapi yang best nyer bulan puasa ni bila nak berbuka..dan tak sah kalau tak pergi ke bazar ramadhan..masa ni la acara memilih makanan bermula..dek kerana tamak “nafsu” dan lapar kuih yang kita tak pernah makan pun kite beli..pengajaran disini..jgn membeli semasa nafsu lapar datang..wawawa..dulu tak de bazar-bazar nie..ak ingat lagi bila lepas saja waktu asar mak akan menyuruh ak menghantar kuih ke rumah jiran-jiran..tapi tak pernah pula kuih tu tak sampai ke destinasinya..hehe..namun sekarang msg-msg berebut cari kuih kt bazar ramadan..pastu balik, simpan dan membazir..huhu..

selepas berbuka aktiviti seterusnya ialah solat terawih la..masa kecik-kecik lu mmg excited nak solat terawih..bukan apa..sbrnya nak berlawan selawat plg kuat..haha..tapi takpe sbb orang-orang tua suke bdk2 selawat kuat2..bagi meriah kg!!!thee..pastu ade makanan atau moreh kat k.L..yg 2 sebenarnya ditunggu-tunggu..plg kemuncak ialah bubur lambuk mak den..bukan nak puji mak den..hee..p kalau tak caye..dtg la tanya orang-orang kg..pok cik me ko!pok me tut..ke..pok long usin ko..haha..mst penuh balasoh..menunya pucuk niding,nasi,ikan bilis,sayur sikit dan perencahnya BUDU..perghhh..

namun sekarang tak ramai mak bapak yang bawak anak-anak ke surau..mungkin risau anak2 membuat kacau semasa mak ayah die solat..meraung2..menangis..ishk3..dak-dak sekarang..ak lu baik je=p..siap mak bawak bantal-peta lagi kalau aku nak tido..hehe..yelah dulu bt 20..sekarang je 8 rakaat..(cover tido)..hee..moral die solatlah terawih kerana ado dibulan ramadhan sahaja..hehe..

sekarang nie xde feel lagi nak citer camne sambutan raya kt kg ak..nanti dekat-dekat nak rayalah ak citer yea..cuma kali nie sedih cket sebab mak ak g umrah dalam pose terpaksa la den makan kat kedai..ee mesti xbesh kan sebab air tangan mak kite jea yang beshh..huhuhu..:)

selamat berpuasa dan solat terawih..

hepi…

Posted in ceritera on Ogos 10, 2008 by kopokkopok

saat yang ditunggu-tunggu akhirnya menjelma jua..semalam belangsunglah majlis gilang-gemilang konvokesyen um,fakulti sastera..ak antara 604 pelajar fakulti sastera jabatan sejarah yang dianugerahkan ijazah..huhu..bangganya..sejak awl lagi ak begitu teruja untuk ke dtc malam sebelumnya..tidoku asyik tertanggu dek kerana esok hari yang begitu sejarah buat ak..sebagaimana perkahwinan majlis konvo ini hanya sekali bg setiap orang kecuali orang tue buat diploma atau smbung master(sst perkara yang masih ak pikirkan)..tido ku kurang lena..sesekali terdengar suara saudara anas yg sanggup berjaga untuk mengejutkan ak diawal pagi..setiap jam ak terjaga..huhu..begitu teruja..akhirnya ak dikejutkan oleh seruan dari ilahi..ak sdar pada ms itu jam menunjukkan ak pukul 6 pg..sesuatu yang jarang terjadi pada ak selama ini..hahaha..ak masih bersyukur Allah masih bangunkan ak wpun hambaNYA ini cerlang cerlup(ore kelate kato) solat subuh..dlm ak bersiap2 ak masih teringat pin yang ak belum beli…lantas ak meminjam mota anas untuk ke 7E..riso pula ada masalah nanti kt BP..hee..ade ke akak 7e 2 pgl ak pakcik pagi2..hahaa..bila ak blek daus aka babang da bgn ms 2..mungkin die teruja nak g jp awek die..hehe..jarang npk babang bgn awl..wpun ak masih mengharap pada ms tu,,daus dan kawan2 ak yg lain bersiap2 untuk pg ke dtc bersama ak..bila ak terkenang balik hal itu..ak jadi sayu..ak btul2 berharap ak dapat grad sama-sama dgn die p apakan daya..setiap bde yang tuhan buat mesti ada hikmahnya..lantas ak mtk babang antar ak ke bP..ak tahu die berat ati riso lak jp kawan2 lain kt sana..p demi melihat ak dtang awl babang korbankan sume 2..thanks a lot babang..=p

bila aku sampai kt bp ak dpt tegok ramai kwn2 ngah bersiap ade yg ditemani mak, ayah,isteri,suami(ade ke)erm..asrul pon da siap..dari jauh npk die tersengih2..hee..babang trus blalu lps antar ak..ak segera memakai jubah kerana pada wak2 itu peg bertugas sudah memnggil graduan bkumpul..suara pegawai itu jg makin tinggi apabila masih ramai yg berada di bawah..hahaha..ms tu liza burung antu ngn sha pon sampai.memandangkan ak single!!xde sape nak tlg pakaikan ak..ak pon mtk r liza tlg pakaikan hood ak dgn pin..xtau cmne tangan liza berdarah tkena pin..ak rasa bersalah gak sbb nanti menjejaskan mood liza nanti..mujur r ak sempat bli bunga kt die..tanda terimakasih..cuma sha jea ak xsempat bg pape..hehe..jimat2!!=p..ak bgegas ke tingkap 2 bp..tempat ini lah yg sll ak benci nak dtg setiap akhir sem..tp kali ini ak rasa nak sangat cepat sampai ke sana..sampai saje kami diasingkan ikut huruf ak C473 iaitu di belakang abg mus..hihi..sedikit taklimat kemudian kami diarahkan beratur ke dtc untuk memasuki dewan..sedikit doa sebagai bekal ke dlm dtc..wajah kegirangan terpancar di setiap graduan…

masuk jea dtc..ttbe ak diserang perasaan lain dalam diriku..ms tu ramai ibu bapa sudah memenuhi dtc..menarik jgk susunan yg dibuat..dimana ibu bapa berada sangat hampir dgn anak-anak..seperti anak2 yg lain ak jg tercari-cari mak ak dgn sape yg terpilih2 masuk..hee..kl arwah ayah ak masih ade..mst die yang xcited nak masuk..ak sebak seketika..tp ak masih bole buat2 lawak..kami menunggu begitu lama..kesian ibu bapa yang kesejukan..dtc kn sejuk..rupa-rupa kami mdpt pro-censelor jea..Tan Sri Norma..biasa r xkan de raja nak dtg ari last..ini lah  kl ari terakhir..tapi xpelah..yg penting de gambar kami nanti..he3..ttbe ak dapat menghidu kehadiran ibuku yang jarang hadir majlis2 mcm ni..sll die menolak jea..kali ni die dtg untuk melihat anak bongsu die konvo..huhu..kl xdtg td mmg ak nangis r..lalala..ak nampak die ngn kakak ak mengambil tempat ditingkat atas..dtg lewat kot..mujur r ak squatter kt 4th..kl x ak beratur blkg sekali..huhu..

keberangkatan masuk diumulakan dengan pensyarah2 dan dekan2 fakulti..dr jauh npk pak lah(bkn PM-penyelia tesis ak) dgn stail jambangnya..kemudian diikuti dgn nc dan tan sri Norma..teks yg dibacakan oleh tan sri norma begitu panjang dah r tpaksa bdiri tuk 800  orang lebih..selesai ucapan majlis dimulakan dengan fakulti sains sukan..ak cme knal pemain bola sepak ganu..fadziallah mamat!sebaik selesai datuk abu bakar mohd dengan piutisnya meminta izin untuk memberi keizinan..ini juga idolaku..ayat2nya begitu hebat..dek keran keasyikan itu ak ttbe diserang suatu perasaan..ak takut ke!!bkn ak xbiasa naik pentas..ms ak jd pres 4th dulu..bkn ak xprh bg ucapan ats pentas.rupa-rupanya bkn ak saje yg mengalami begitu..pres yg sebelum ak pon berasa begitu..huhu..sorang demi sorang beratur untuk mendapatkan skrol..ak naik dari sebelah kanan pentas..ak cuba mengawal perasaan gemuruh dgn bt2 senyum..debaran makin memuncak apabila ak menyerahkan kad no ak..huhu..ak sempat memandang wajah mak..bila jea nama ak diumukan ak terus berjalan ke tengah2 pentas untuk menerima skol..xde perasaan yang ak dpt kongsi..ak tunduk tanda hormat sedikit dan terukir senyuman diwajahku..ak terus trun namun sempat angkat tangan kt azarae,tnc heP..bila turun jea ak terus menarik nafas lega..rs x bernafas jea ats pentas td..hehe..lantas mengambil tempat duduk semula..lama jgk lps 2..tepat pukul 11 akhirnya selesai r..masing2 berebut nak keluar bgambar..ak pon begitu..hee..

akhirnya berlaku r kesesakan yg teruk didpn dtc ditambah pula dengan masing2 mencari ibu bapa msg2..haha..mcm orang ilang anak ade!ak mcm 2 gak..skjap ke kanan pas2 melintas jalan..bila tegok ade ibu bapa yg menitiskan air mata melihat anaknya berjaga ak xsabar rsnya nak peluk mak..akhirnya ak jp gak disebalik orang ramai..lantas ak memeluk mak dan menghadiahkan ciuman di ppnya..terimakasih mak..akhirnya ak dpt jg bagi kejayaan kt mak ak..huhu..npk ade titisan jernih di matanya..kami berasak2 untuk mencari yg lain..msg2 xsabar nak bgambar..hehe..kesempatan tu ak amek r gmbr ngn mber..ak tau lps nie mmg ssh dah..hee..

dari jauh ak npk abg n akak2 ak, anak2 buah ak sdg menunggu..adik bg bunga besar..hehe..makasih..maka berlangsung r sesi bergambar..hehe..org kata alang2 pakai jubah..ms nie r nak amek gambar..hehe..yg buat ak tharu kwn2 yg dtg..ade yg bawak adiah 2..ak ucap terimakasih byk2..carol,kalai,kasturi,na, as, lintau, aisyah,ayuni,zatil(kl xsebut cni jgn marah)..cukup diorunk dtg pon ak da tharu..hehe..kwn2 sekola lu pon dtg..nik,ijo,abu,habi..arun xdok, cme mamat xsempat nak join sbb xsihat.sian dio..ak bsyukur sbb sihat..pendi lak xtau kt mn..huhu..yelah msg2 bz ngn famili..mst r anak2 kn layan famili yg dtg dr ajuh..ak pon begitu..ak mintak maaf r kt kwn yg ak xsempat nak luang masa banyak sbb bz ngn famili..setelah mereka blek baru ak menjejaki semula kwn2..ak..akhirnya aku bertemu geng2 mambra!!geng yg ak syg sume..mrk sgup dtg support ak..huhu..thanks 4 being my fwen,,alip,esma,iqbal,anas ngn asrul yg ilang dalam lautan manusia jg ade..babang dgn awek baru die pon de..purple gal..bgus r bbg de awek baru skrg..hehe..cem(farid )pon de..ni r saat plg bahagia bile geng2 mambra bkumpul ramai2..ye r kami sama2 kt 4th lu..alangkah bez kl dpt konvo same!!cme lan kalam je tak timbul..hihi..xpe r..yg penting ak sentiasa mendoakan kejayaan utk kwn2 sume..

kemudian ak terpaksa bgegas ke bus stop kt sastera lak sbb kwn2 lame ak nak blek..ape bole bt fon ak ttgl kt blek..satu g xde bteri..mujur esma bg ak pinjam fon die..arini ari jadi die..hepii besday esma..thanks esma byk gak bantu ak..semoga jp cinta sejati..kikiki..mcm ak de awek..hahaha..!!

namun diorunk da blek..sori sgt..ak jalan kaki jauh gak sbb nak jp mrk..huhu..sok konvo nik..nt ak dtg r..hehe..kerana penat ak trus blek mandi kerana ptg nanti ak nak g lak meraikan kerol..erm

jam menunjukkan kul 5..ak xtau nak g ngn ape dtc..mujur r tuhan antar acap jr yg sll tegur senior2..mcm ak jr lu r=p..ak saje bwk jubah tuk amek gmbar ngn kerol..ak lepak kedai lu ngn mber2..bg peluang lu kerol amek gmbr ngn famili die plus cewek die(ayat jasnan)hahaa..kami dtg nak nyibuk jea..abes jea trus lpak jap kt La Phewitt..mula lapar sbb nak masuk dtc mkn roti je..huk5..mujur syukur belanja mkn ns kerabu kt kdai kelate..hee..pas2 trus jln blek  4th..

blek jea ak bkira2 nak g kg baru..hajat dihati nak tido sekali ngn famili..erm..mula nak suh esma sekali g antar kt stsn u..p kerol lak nak blek tegok bole kt selayang pe g ak mtk r die antar ak ke sogo..kerol lak jenis bek gak..ak thu die nak cpt p die antar gak ak..jln lak jem..da r die nak pgg bunga cewek die bg,,hehe..ak sampai sogo ak trus cri anak2 buah ak..ngat ke dtg ngn keta p kami jln kaki dr  dr sogo ke kg baru..da r ak bgmbar gle2 td,,huhu,,nak patah kaki..=p..sampai jea ak terus rebahkan diri..xde smgt nak mkn g..p ak bgn gak mandi air panas untuk segarkan badan..mkn dan trus join yg lain sokong ganu dlm piala malaysia..tuah sekali g..ganu mng  dgn tendengan penalti  wpun  2 kali peluang nak mng..huhu..tp bez gak r sbb sume kaki bole..mst  tkejut datuk2 sblh umah sbb kami jerit kuat.haha..begitu r cerita spjg ari yg penuh hepiiiiiiiiiiiii…!!!kerana tlalu penat ak xsdar pape pon sehingga ttukar botol susu baby ya p ak buat tuk hakimi.p ak rs hakimi minum gak..sbb 2 r die tkencing..ak sdar ngat ke ak mimpi basah..haha..rupa-rupanya hakimi kencinggg…waaaaa..

terima kasih semua!!luv u all…kt sini ak kepilkan bbrapa bgmbr untuk kenang-kenangan..

geng mambra!!sentiasa terpahat dihati..ikatan kukuh selamanya..insyaAllah..