ada apa dgn UM..

Pada 3 september lepas menteri KPT, Datuk Mohamad Khaled Nordin telah mengumumkan USM- “The Universiti in a Garden oleh reader Digest” terpilih menerajui APEX.

Untuk rekod APEX ialah akronim yg digunakan untuk merujuk kepada Accelerated Program For Excellence atau Program Pemacuan untuk Kecemerlangan(keterangan lanjut boleh rujuk sisipan khas KPT pada 9sept)

APEX juga tutur dicanang oleh PMIUM pada pilihanraya kampus yang lepas.

ternyata pengumuman ini mengejutkan semua pihak termasuk saya walaupun bukan lagi warga um dan melukakan hati setiap alumni UM yang ramai diluar sana. 

apakah kekurangan UM?atau adakah pihak yang bertanggungjawab untuk melobi tidak bersungguh-sungguh untuk mendapatkan PENARAFAN APEX! UM yang bukan saja universiti tertua tetapi juga mengatasi USM dalam penarafan dunia yang menduduki tangga ke-246, berbanding USM di tempat 307.

Sistem Penarafan IPT Malaysia (Setara) oleh Kementerian Pengajian Tinggi juga menunjukkan UM mencapai tahap cemerlang lima bintang sedangkan USM hanya mendapat tiga bintang?

atau memang ranking yang dikuarkan oleh Times Higher Education Supplement (THES) boleh dibeli dengan duit.mudah diperkotak katikkan!!

menteri kpt tersebut dalam mengulas mengapa UM tidak terpilih sebagai univ APEX menyatakan bahawa syarat universiti tertua dan menduduki ranking terbaik bukan kriteria untuk terpilih sebagai universiti APEX.

Untuk kita yang selalu melaungkan UM IS ONE!! setiap kali MHS(momen indah sebenarnya) dan kemana-mana sahaja pergi wajar memikirkan semula..adakah um is one..huhuhu.. 

Tinggalkan komen