dari kuala ganu ke um..

Tajuk diatas aku jumpa sewaktu melihat satu komen di friendster.ceritanya seorang pelajar yang menasihatkan rakan-rakanya untuk membuat pemilihan yang tepat dalam pilihanraya kampus um.

setiap kali pilihanraya tidak kira umum atau kampus pastinya banyak isu yang timbul.begitu juga di kuala terengganu. banyak faktor yang diperkatakan mengenai kekalahan parti memerintah. paling hangat tentang calon. seperti biasa aku tidak mahu memberi sebarang komen mengenai situasi diatas.yang pasti kekalahan tersebut memang dijangka awal-awal lagi,walaupun bakal PM berkempen hampir dua minggu di kuala ganu.

situasi di atas juga seperti dijangka juga berlaku di universiti perdana,universiti malaya. tahniah kepada Pro-M. bukan niat untuk menidakkan kejayaan pro-m di um namun dari awal-awal lagi seperti dijangka aspirasi atau dikenali sebagai GERAK MAHASISWA sekarang tidak mampu mengekalkan kemenangan di UM.

tanpa malu, aku juga “orang” aspirasi dan berjuang bersama-sama rakan-rakan untuk memberi kemenangan kepada aspirasi.namun berapa ramai “orang-orang” lama aspirasi yang kecewa dengan aspirasi.ini kerana dalam aspirasi sendiri wujud “blok-blok pemisah”. jentera aspirasi hanya diperlukan semasa pilihanraya lepas itu dibiarkan berterbangan sendiri.

walaupun aku terpalit besar dengan isu “bekas s/u” aku yang kini menjadi orang kuat Pro-M atau mungkin s/u MPP-suatu tamparan besar bagi sebuah kolej kediaman dan juga pemangku pengetunya. namun aku rasa kemenangan proM kali ini wajar diiktiraf.berilah peluang untuk “budak-budak” baru untuk menilai.dan akhirnya hanya kerja yang baik jua yang akan dinilai  .bukan setakat laungan”perubahan”.namun hasil satu pun tiada.

seterusnya kemenangan proM juga memberi singnifikan kepada orang-orang aspirasi yang korup dan lari dari perjuangan sebenar.

2 Respons to “dari kuala ganu ke um..”

  1. hehehe…
    blog yg ditunggu sebenarnye~
    blh jd YB la ko ni jib..
    kes SU ko betanding under PRO-M tu, i’ve no comment!
    maybe die nk jg hati ko masa die jd SU ko dulu..hehehe

    =)

  2. Haha..mana boleh lawan adun Benta lagi..hehe
    erm..ye la tu jaga ati aku..tapi aku tahu dia bagus buat kerja..

Tinggalkan komen