Archive for the umum Category

salam maulidur rasul

Posted in umum on Mac 10, 2009 by kopokkopok

semalam(9.3.2009) merupakan tarikh keramat; iaitu tarikh kelahiran nabi kita,MUHAMMAD S.A.W.walaupun para ulama berbeda pendapat.

namun setiap tahun di malaysia kita menyambutnya secara besar-besaran.ironinya supaya anak-anak muda(saya juga) faham erti sebenar diutuskan para Nabi. rasa sedih dan terkedu bila menonton REMAJA di tV3 melihat rakan-rakan yang lupa tarikh keramat ini.

sirah nabi begitu panjang.moga kita sama-sama membaca & menghayati.

24th Already

Posted in umum on Februari 17, 2009 by kopokkopok

Salam..terima kasih kepada teman-teman yang mendoakan kesejahteraan saya sempena ulangtahun kelahiran saya ke-24,sama ada di friendster atau khidmat sms. Rasanya baru semalam saya dan kawan-kawan bermain selut (lumpur) sambil mandi di tepi parit dekat dengan sawah Poklong Hussin.

Salam penghargaan juga kepada teman-teman yang datang memeriahkan bbq di rumah saya di Suriamas. Walaupun satu badan dimandikan dengan air kunyit, terima kasih kerana datang walaupun esok mempunyai kerja dan kuliah. Terutamanya kepada sapuan(gimik air pancut=p) dan acap jr (super junior gelarannya)

Hari ini saya sudah memasuki 24 tahun.Syukur pada ALLAH yang panjangkan umur saya. Bunyinya macam sudah tua.namun bak kata orang makin tua makin berisi . moga bukan sahaja “berisi” perut yang sudah 70kg ini. Namun berisi dari segi sumbangan kepada agama dan Negara. Doa dan dokongan dari teman-teman sentiasa dihargai.

Terima kasih

Mohd Najib Bin Zakaria

ada apa dgn UM..

Posted in umum on September 8, 2008 by kopokkopok

Pada 3 september lepas menteri KPT, Datuk Mohamad Khaled Nordin telah mengumumkan USM- “The Universiti in a Garden oleh reader Digest” terpilih menerajui APEX.

Untuk rekod APEX ialah akronim yg digunakan untuk merujuk kepada Accelerated Program For Excellence atau Program Pemacuan untuk Kecemerlangan(keterangan lanjut boleh rujuk sisipan khas KPT pada 9sept)

APEX juga tutur dicanang oleh PMIUM pada pilihanraya kampus yang lepas.

ternyata pengumuman ini mengejutkan semua pihak termasuk saya walaupun bukan lagi warga um dan melukakan hati setiap alumni UM yang ramai diluar sana. 

apakah kekurangan UM?atau adakah pihak yang bertanggungjawab untuk melobi tidak bersungguh-sungguh untuk mendapatkan PENARAFAN APEX! UM yang bukan saja universiti tertua tetapi juga mengatasi USM dalam penarafan dunia yang menduduki tangga ke-246, berbanding USM di tempat 307.

Sistem Penarafan IPT Malaysia (Setara) oleh Kementerian Pengajian Tinggi juga menunjukkan UM mencapai tahap cemerlang lima bintang sedangkan USM hanya mendapat tiga bintang?

atau memang ranking yang dikuarkan oleh Times Higher Education Supplement (THES) boleh dibeli dengan duit.mudah diperkotak katikkan!!

menteri kpt tersebut dalam mengulas mengapa UM tidak terpilih sebagai univ APEX menyatakan bahawa syarat universiti tertua dan menduduki ranking terbaik bukan kriteria untuk terpilih sebagai universiti APEX.

Untuk kita yang selalu melaungkan UM IS ONE!! setiap kali MHS(momen indah sebenarnya) dan kemana-mana sahaja pergi wajar memikirkan semula..adakah um is one..huhuhu.. 

kad raya..yea!!!

Posted in umum on September 4, 2008 by kopokkopok

setiap hari raya bakal menjelma kita sentiasa mengharapkan kad hari raya. sama ada yang kartun-lawak bodoh atau yang mahal sedikit.posmen ialah orang yang paling ditunggu pada waktu ini.kita mesti bangga dan bersorak..yahoOo..kalau mendapat kad raya lebih-lebih lagi dari awek atau admirer kita.mahu seluruh kg tahu die mendapat kad raya.caranya meninggalkan lebih lama kad raya yang dihantar ke kedai2(bg yg xde alamat)malah sanggup menghantar kad raya untuk diri sendiri bg membuktikan dia juga punyai peminat..haha (sst yang ak xpernah buat dan paling tidak boleh diterima)

dek kerana kemajuan teknologi..orang sekarang tidak lagi menghantar kad raya malah lebih senang menghantar sms sahaja..keburukannya sms yang dihantar adakalanya sama dan akan didelate kalau memori sudah penuh.malah sms juga tidak menunjuk “keikhlasan” sebenar kita.untuk itu aku rasa raya kali ini aku ingin menghidupkan kembali kad raya.sesuatu yang tidak sempat aku lakukan semasa belajar dahulu..hehe.dan ak takkan terguris kalau aku tidak mendapat balasan..kakaka..jadi sape yang rasa nak kad raya boleh hantar alamat kat ak.mungkin alamat yang diberi dahulu ak dah tak jumpa..

kad raya masih relevan?=p..lu pikir la sendiri..hee

kenapa blOg..

Posted in umum on Julai 15, 2008 by kopokkopok

salam..hye!!saya dak bru kt cni=p..buah cempedak diluar pagar..arghh..xyah pantun2 r..hee..ak pon xtahu nape bru skrg ak bminat nak “menjerumuskan diri” mnulis dlm blog..disaat saing2 ak da lme bkecimpung dlm arena ni dan pak2 menteri kecoh bt blog msg2..huhu..ak baru je tdorong..myb sbb kekangan masa sebelum ini(bz ke jd pres)..atau mungkin juga ak tdk ade bakat menulis ayat2 puitis mcm en. alip..pglaman cinta mcm en kerOl..bj futsal mcm en asrol..huhu..wpun ari2 ak xmiss untuk melayari chedet.com..ak x terpgl pun nak melibatkan diri..namun disaat ak bangun.. tido..bangun tido..sesekali baca buku politik untuk sedikit pengetahuan “pada ms depan”..byk benda yg blh kite kongsi sama ada pglamn,cite dulu kala, ilmu alam, ilmu hisab, bidang sosial, politik dan mcm2 ado!!!supaya otak kita xberkarat..sekarang baru r ak terpk untuk bsama2 dlm blog..hehe..apapun pun ak perlu menulis lbh banyak dari org len yg da lame dlm bidang ni..salam ukhuwah!!

kl cikgu bm ms ak form6 dulu bc mst die kecewa penggunaan bahasa ak yg teruk ni..huhu..supaya xjadi skema ak guna r bahasa ni..untuk artikel2 slps ini ak akan menggunakan bahasa yg betul..hehe!