apo keno yOb..!!!

mungkin saya agak terlewat disini.alasannya pulang ke Kelantan.kemudian kunci rumah dan kad akses saya hilang.dari salak selatan ke bdr sunway saya mencari.sempat juga mempelajari bagaimana membuat laporan polis.

menarik perkembange di perOk deh“, kata seorang ustaz yang selalu membawa jemaah dari malaysia ke Mekah mengerjakan umrah

paginya pula..di sebuah kedai tidak jauh dari wakaf Che Yeh nada yang lebih ekstrim kedengaran..ginilah kalu org k**** rentoh gak..merujuk situasi di perak

sebenarnya penulisan saya kali ini tidak sesuai kepada mereka yang ekstrim.bahasa mudahnya “kalu ayah dio pas gak dia sokong pas..kalu ayah dia umno dia sokong umno”.

berfikirlah secara rasional dan bijaksana

saya melihat situasi menarik ni tidak lebih dari permainan politik orang atasan.yakni pemimpin politik dari kedua-dua pihak.yang tertipu siapa?RAKYAT..

sekiranya anda berpendapat bahawa pemimpin anda sokong itu sama ada dari PAS,BN,DAP atau PKR bersih dan suci.anda silap. semua ini politik dan hanya orang yang pandai ambil kesempatan sahaja yang akan menang-saya cuba untuk menyebut MB kelantan tidak termasuk dalam senarai ini.

Beberapa fakta yang saya kira boleh dibuat penilaian oleh orang yang cerdik dan sememangnya semua orang ketahui.

selepas PRU ke-12..penasihat PKR mencanang-canang ramai YB(YANG BAIK kata anak sedara saya sewaktu ayahnya ingin bertanding-sebab tidak tahu maksud YB itu) akan menyertai pembangkang.sama ada melalui “tunai” atau secara “terhormat” seperti ADUN Bota.

sungguh saya tidak tahu.tapi apakah tindakan Pakatan Rakyat(PR) apabila peristiwa itu(kes ADUN bota).mereka kata itu positif.tapi bila kejadian sama berlaku kepada PR.mereka kata itu salah. jika kita buat boleh orang lain pun boleh buat benda yang sama.inilah POLITIK sahabat sekalian.

Hari ini Perak mendapat MB besar yang baru(idup manjong kata seorang sahabat saya dari perak).Dari segi undang-undang tanyalah Karpal sendiri pelantikan ini SAH..cuma lebih manis kalau dilakukan di Dewan yang Mulia.

saya juga bersimpati kepada Mantan MB kerana “dihalau dan dihambat sebegitu. sebagaimana kejam pun politik seharusnya kita hormatilah orang yang pernah menjadi MB.

Namun jika kita melihat isu ini sebagai suatu tindakan untuk menjatuhkan agama islam.saya berpendapat ia silap.kita tanya balik siapakah yang berkuasa di perak sebelum ini dan adakah MB yang baru ini bukan beragama islam. jangan kita rasa kita lebih islam dari orang lain.

Seperkara lagi merujuk kepada istilah DAULAT dan Derhaka.sebagai seorang pelajar sejarah(memimjam kata-kata Prof Abdullah Zakaria,um) saya agak memahami maksud tersebut.

Memang benar, akhbar yang di kuasai oleh kerajaan hari ini bayak memutar belit.sebab itu selain baca utusan saya juga membaca berita lain. saya percaya rakyat perak tidak ingin derhaka kepada sultan perak.begitu juga dengan mantan MB, tapi sebagai manifestasi kemarahan sahaja.

ini bukan sesuatu yang baru.di Terengganu juga pernah berlaku. apabila MB ketika itu(orang kg saya-jerteh) tidak diterima oleh Sultan.jadi rakyat dikuasai oleh emosi.emosi itu datang dari sape?dari pemimpin atasan.situasi ini juga sama di perak saya kira.

akhirnya saya rasa penyelesaian kepada krisis ini ialah “tunggu dan lihat”.saya kata sedemikian kerana selepas ini rakyat bukit gantang(perak) dan bukit selambau(kedah) akan membuat pilihan sekali lagi.bukit gantanglah saya kira keputusannya sama ada rakyat pilih siapa.nampaknya orang paling sibuk selepas PRU12 ialah SPR lah.sebab terlalu banyak pilihanraya.selepas ini dimana pula?

Satu Respons to “apo keno yOb..!!!”

  1. hari ini hujah saya diatas diperkuat lagi dengan penyebaran gambar ..tut..seorang exco selangor. dari awal lagi saya katakan..baik isu moral,rasuah,dll..dengan kata yang lebih mudah “dua-dua pun sama”,tapi bagaimana cara nak “sorok” dan menipu rakyat. saya harap rakyat menilai.tidak adil menuduh kerajaan sahaja amalkan rasuah,seks, kabel dll (bunyinya macam sokong kerajaan). sebab jelas dua adun(PKR) yang melompat kepada BN pun terlibat dengan rasuah.
    saya tidak terkejut rakan-rakan pakatan malah mca juga menyokong. sebab mereka non-muslim. namun terkejut apabila seorang ustazah menyifatkan penyebaran itu lebih teruk dari pelacur!!
    seolah-olah melakukan tut lebih baik dari pelacur..
    moral: jgn kerana politik berpuak kita menghalalkan apa jua.
    saya juga ternanti-nanti gambar itu..hahaha..

Tinggalkan komen