Arkib untuk September, 2008

takbiR raya..

Posted in Uncategorized on September 30, 2008 by kopokkopok

malam ini merupakan malam yang ditunggu oleh semua orang. ini kerana pagi esok umat islam akan merayakan hari raya Aidilfitri..hari yang mulia..tanda kemenangan sebulan berpuasa.pastinya Aidilfitri mengamit seribu kenangan lagi.pada waktu inilah si anak balik berjumpa dengan ibu dikampung dan sebagainya..

bunyi dentuman mercun disana-sini sehingga menengelamkan bunyi takbir raya.alangkah bagus andainya anak-anak yang bermain mercun itu pegi ke masjid dan bertakbir.penulis tidak suka bermain mercun kerana tidak tahan dengan asap bukan takut k..=p

pastinya aidilfitri yang tiba ini mengembirakan aku..bukan sahaja esok paginya boleh menziarahi “saing-saing” tapi juga kepulangan ibuku dari umrah dengan selamat.alhamdulillah.waktu inilah yang mengingatkan ak kepada arwah ayah.semoga rohnya dicucuri rahmat.insyaAllah.

kesempatan yang terbatas ini aku ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada semua yang membaca tulisan ini andai ada yang tersilap dan tersalah harap dimohon ampun.semoga aaidilfitri ini bakal membawa sinar kebahgian kepada semua.

sehingga berjumpa lagi..

melayu itu racist?

Posted in politik on September 8, 2008 by kopokkopok

sebenarnya artikel ini aku nak keluarkan pada isnin lepas sejurus tim. perdana menteri malaysia bukan najib zakaria tapi najib tun razak pohon maaf diatas “ceramah perkauman”yang dibuat oleh datuk Ahmad.tindakan ini mengecewakan ramai orang melayu.

pohon maaf bukanlah perkara asing bagi masyarakat melayu yang kaya dengan adat dan budaya.namun mestilah dibuat dengan sebab yang munasabah.

aku tidak berminat untuk memberi komen panjang kerana sebenarnya orang yang berada ditempat kejadian sahaja yang mengetahui isi kandungan ceramah tersebut.ini juga balasan kepada parti pemerintah yang selalu memetik perenggan-peranggan yang salah sahaja untuk menghentam pembangkang. cadangan saya tiru sahaja pembangkang yang merakam setiap ceramah kemudian dijual.selain dapat wang boleh juga menjadi bukti.tidak perlu bertengkar dalam surat khabar.

namun aku terpanggil dek kerana begitu banyak ketuanan melayu dicabar SEKARANG. satu persatu.antaranya ialah tindakan Datuk Hishamuddin menghunus keris semasa perhimpunan UMNO juga dianggap salah sedangkan itu sudah menjadi kebiasaan dalam budaya melayu.kenapa tidak diprotes bila ada raja-raja yang menghunus keris dan menciumnya.namun apa yang dikesalkan kenapa menteri tersebut pula yang tampil memohon maaf sedangkan orang tidak mendesaknya.adakah kerana dianggap sebagai sebab parti pemerintah kalah dalam p/raya lepas.

memang benar kata Che Det bahawa melayu takut dilabel sebagai racist atau perkauman.kerana takut melukakan kaum lain. ini jelas sekali berkait dengan politik.mereka sanggup untuk meminta maaf untuk menyelamatkan kaadaan walaupun maruah melayu dicabar.tambahan pula disaat genting 16 september.

ak juga mempunyai kawan-kawan dari kaum lain.cina,india, termasuk juga sabah dan serawak.sebagai seorang pelajar sejarah kenyataan datuk Ahmad sebenarnya tidaksalah kerana sejarah tidak akan menipu manusia.kalau tidak percaya rujuk sahaja buku sejarah.

teman juga terkejut bila mendapat satu sms dari seorang kawan. sesiapa yang membaca sms tersebut juga akan “panas”. nama perlu dirahsiakan kerana dia mempunyai jawatan yang tinggi juga. beliau mendakwa seorang ahli parlimen wanita DAP pada 26 jun 08 telah menghantar satu petisyen penduduk di Puchong kpd Dato Satim Diman minta agar azan subuh diperlahankan kerana mendakwa mengganggu ketenteraman awam.tidakkah hal ini melukakan hati orang melayu-islam?dan banyak lagi isu ketuanan melayu lain!!

perkembangan-perkembangan ini seharusnya menyedarkan pemimpin-pemimpin melayu, orang melayu dan kita bahawa hak melayu harus dipertahankan dan dimurnikan. hal ini menuntut generasi pasca kemerdekaan untuk berfikir bukan juga melaungkan persamaan demi populariti dan kemenangan politik..

kali ni sama2 la lita pikir.. peas!!

ada apa dgn UM..

Posted in umum on September 8, 2008 by kopokkopok

Pada 3 september lepas menteri KPT, Datuk Mohamad Khaled Nordin telah mengumumkan USM- “The Universiti in a Garden oleh reader Digest” terpilih menerajui APEX.

Untuk rekod APEX ialah akronim yg digunakan untuk merujuk kepada Accelerated Program For Excellence atau Program Pemacuan untuk Kecemerlangan(keterangan lanjut boleh rujuk sisipan khas KPT pada 9sept)

APEX juga tutur dicanang oleh PMIUM pada pilihanraya kampus yang lepas.

ternyata pengumuman ini mengejutkan semua pihak termasuk saya walaupun bukan lagi warga um dan melukakan hati setiap alumni UM yang ramai diluar sana. 

apakah kekurangan UM?atau adakah pihak yang bertanggungjawab untuk melobi tidak bersungguh-sungguh untuk mendapatkan PENARAFAN APEX! UM yang bukan saja universiti tertua tetapi juga mengatasi USM dalam penarafan dunia yang menduduki tangga ke-246, berbanding USM di tempat 307.

Sistem Penarafan IPT Malaysia (Setara) oleh Kementerian Pengajian Tinggi juga menunjukkan UM mencapai tahap cemerlang lima bintang sedangkan USM hanya mendapat tiga bintang?

atau memang ranking yang dikuarkan oleh Times Higher Education Supplement (THES) boleh dibeli dengan duit.mudah diperkotak katikkan!!

menteri kpt tersebut dalam mengulas mengapa UM tidak terpilih sebagai univ APEX menyatakan bahawa syarat universiti tertua dan menduduki ranking terbaik bukan kriteria untuk terpilih sebagai universiti APEX.

Untuk kita yang selalu melaungkan UM IS ONE!! setiap kali MHS(momen indah sebenarnya) dan kemana-mana sahaja pergi wajar memikirkan semula..adakah um is one..huhuhu.. 

kad raya..yea!!!

Posted in umum on September 4, 2008 by kopokkopok

setiap hari raya bakal menjelma kita sentiasa mengharapkan kad hari raya. sama ada yang kartun-lawak bodoh atau yang mahal sedikit.posmen ialah orang yang paling ditunggu pada waktu ini.kita mesti bangga dan bersorak..yahoOo..kalau mendapat kad raya lebih-lebih lagi dari awek atau admirer kita.mahu seluruh kg tahu die mendapat kad raya.caranya meninggalkan lebih lama kad raya yang dihantar ke kedai2(bg yg xde alamat)malah sanggup menghantar kad raya untuk diri sendiri bg membuktikan dia juga punyai peminat..haha (sst yang ak xpernah buat dan paling tidak boleh diterima)

dek kerana kemajuan teknologi..orang sekarang tidak lagi menghantar kad raya malah lebih senang menghantar sms sahaja..keburukannya sms yang dihantar adakalanya sama dan akan didelate kalau memori sudah penuh.malah sms juga tidak menunjuk “keikhlasan” sebenar kita.untuk itu aku rasa raya kali ini aku ingin menghidupkan kembali kad raya.sesuatu yang tidak sempat aku lakukan semasa belajar dahulu..hehe.dan ak takkan terguris kalau aku tidak mendapat balasan..kakaka..jadi sape yang rasa nak kad raya boleh hantar alamat kat ak.mungkin alamat yang diberi dahulu ak dah tak jumpa..

kad raya masih relevan?=p..lu pikir la sendiri..hee

pose dok arini~

Posted in ceritera on September 4, 2008 by kopokkopok

salam ramadhan buat semua..hari ini sudah empat hari orang islam di malaysia berpuasa.ini kerana bagi negara-negara lain seperti afrika mereka berpuasa sehari lebih awal..barangkali bulan disana muncul lebih awal..hehe..

sejak hari pertama lagi ak ingin meluangkan masa untuk menaip di dalam ruangan ini namun memikirkan “mood n feel” puasa belum menerjah lagi dalam diri aku jadi aku rasa baru sekarang masa yang sesuai untuk berkongsi cerita disini..risau juga kalau-kalau semangat awal itu ibarat hangat-hangat tahi ayam..hee..

bulan ramadhan kali ini agak istimewa.ini kerana aku menyambutnya dirumah.berbeza tahun-tahun sebelum ini.aku meraikannya di kolej 4,UM..masih teringat dan terbau lagi nasi lemak maple yang sentiasa terhidang sebelum azan subuh..kemudian barulah masing-masing balik ke sarang..dan adakala sehingga terbabas(terbabas ke) sehingga ke azan maghrib..haha..itu yang sebenarnya yg kurang elok..bukan sahaja ponteng kelas juga boleh “kurus” puasa..huhu..namun kenangan itu sentiasa tersemat dijiwa ini..itulah kalau ingin hidup berdikari!!!

namun situasi itu berbeza bila dirumah..seawal jam 12mlm mata ini seolah-olah ingin tertutup rapat.ini kerana seawal jam 5 pagi ak dah dikejutkan oleh suara-suara yang hangat..”najiBbbb…huRm..kenalah bangun juga..amik fadhilat sahur..yang beznya kite bOleh pergi balasOh dan kemudian jOgging..itu pun kalau berjaya berperang dengan tidurRRRrr..zzZZz..

kl dah tidur tak sah kalau bangun pukul 10 atau 11pg.tapi takpe sebab mak tak marah sbb anak die solat subuh..hehe..kl kena g sekolah tapi bila dah tanam anggur ni lepak besT.com ler..hihi..

tapi yang best nyer bulan puasa ni bila nak berbuka..dan tak sah kalau tak pergi ke bazar ramadhan..masa ni la acara memilih makanan bermula..dek kerana tamak “nafsu” dan lapar kuih yang kita tak pernah makan pun kite beli..pengajaran disini..jgn membeli semasa nafsu lapar datang..wawawa..dulu tak de bazar-bazar nie..ak ingat lagi bila lepas saja waktu asar mak akan menyuruh ak menghantar kuih ke rumah jiran-jiran..tapi tak pernah pula kuih tu tak sampai ke destinasinya..hehe..namun sekarang msg-msg berebut cari kuih kt bazar ramadan..pastu balik, simpan dan membazir..huhu..

selepas berbuka aktiviti seterusnya ialah solat terawih la..masa kecik-kecik lu mmg excited nak solat terawih..bukan apa..sbrnya nak berlawan selawat plg kuat..haha..tapi takpe sbb orang-orang tua suke bdk2 selawat kuat2..bagi meriah kg!!!thee..pastu ade makanan atau moreh kat k.L..yg 2 sebenarnya ditunggu-tunggu..plg kemuncak ialah bubur lambuk mak den..bukan nak puji mak den..hee..p kalau tak caye..dtg la tanya orang-orang kg..pok cik me ko!pok me tut..ke..pok long usin ko..haha..mst penuh balasoh..menunya pucuk niding,nasi,ikan bilis,sayur sikit dan perencahnya BUDU..perghhh..

namun sekarang tak ramai mak bapak yang bawak anak-anak ke surau..mungkin risau anak2 membuat kacau semasa mak ayah die solat..meraung2..menangis..ishk3..dak-dak sekarang..ak lu baik je=p..siap mak bawak bantal-peta lagi kalau aku nak tido..hehe..yelah dulu bt 20..sekarang je 8 rakaat..(cover tido)..hee..moral die solatlah terawih kerana ado dibulan ramadhan sahaja..hehe..

sekarang nie xde feel lagi nak citer camne sambutan raya kt kg ak..nanti dekat-dekat nak rayalah ak citer yea..cuma kali nie sedih cket sebab mak ak g umrah dalam pose terpaksa la den makan kat kedai..ee mesti xbesh kan sebab air tangan mak kite jea yang beshh..huhuhu..:)

selamat berpuasa dan solat terawih..