melayu itu racist?

sebenarnya artikel ini aku nak keluarkan pada isnin lepas sejurus tim. perdana menteri malaysia bukan najib zakaria tapi najib tun razak pohon maaf diatas “ceramah perkauman”yang dibuat oleh datuk Ahmad.tindakan ini mengecewakan ramai orang melayu.

pohon maaf bukanlah perkara asing bagi masyarakat melayu yang kaya dengan adat dan budaya.namun mestilah dibuat dengan sebab yang munasabah.

aku tidak berminat untuk memberi komen panjang kerana sebenarnya orang yang berada ditempat kejadian sahaja yang mengetahui isi kandungan ceramah tersebut.ini juga balasan kepada parti pemerintah yang selalu memetik perenggan-peranggan yang salah sahaja untuk menghentam pembangkang. cadangan saya tiru sahaja pembangkang yang merakam setiap ceramah kemudian dijual.selain dapat wang boleh juga menjadi bukti.tidak perlu bertengkar dalam surat khabar.

namun aku terpanggil dek kerana begitu banyak ketuanan melayu dicabar SEKARANG. satu persatu.antaranya ialah tindakan Datuk Hishamuddin menghunus keris semasa perhimpunan UMNO juga dianggap salah sedangkan itu sudah menjadi kebiasaan dalam budaya melayu.kenapa tidak diprotes bila ada raja-raja yang menghunus keris dan menciumnya.namun apa yang dikesalkan kenapa menteri tersebut pula yang tampil memohon maaf sedangkan orang tidak mendesaknya.adakah kerana dianggap sebagai sebab parti pemerintah kalah dalam p/raya lepas.

memang benar kata Che Det bahawa melayu takut dilabel sebagai racist atau perkauman.kerana takut melukakan kaum lain. ini jelas sekali berkait dengan politik.mereka sanggup untuk meminta maaf untuk menyelamatkan kaadaan walaupun maruah melayu dicabar.tambahan pula disaat genting 16 september.

ak juga mempunyai kawan-kawan dari kaum lain.cina,india, termasuk juga sabah dan serawak.sebagai seorang pelajar sejarah kenyataan datuk Ahmad sebenarnya tidaksalah kerana sejarah tidak akan menipu manusia.kalau tidak percaya rujuk sahaja buku sejarah.

teman juga terkejut bila mendapat satu sms dari seorang kawan. sesiapa yang membaca sms tersebut juga akan “panas”. nama perlu dirahsiakan kerana dia mempunyai jawatan yang tinggi juga. beliau mendakwa seorang ahli parlimen wanita DAP pada 26 jun 08 telah menghantar satu petisyen penduduk di Puchong kpd Dato Satim Diman minta agar azan subuh diperlahankan kerana mendakwa mengganggu ketenteraman awam.tidakkah hal ini melukakan hati orang melayu-islam?dan banyak lagi isu ketuanan melayu lain!!

perkembangan-perkembangan ini seharusnya menyedarkan pemimpin-pemimpin melayu, orang melayu dan kita bahawa hak melayu harus dipertahankan dan dimurnikan. hal ini menuntut generasi pasca kemerdekaan untuk berfikir bukan juga melaungkan persamaan demi populariti dan kemenangan politik..

kali ni sama2 la lita pikir.. peas!!

2 Respons to “melayu itu racist?”

  1. keep on writing najib! aku baru berjinak-jinak ng politik ni..sgt suka baca blog yg bagi aku input esp pasal ketuanan melayu n politik! =) ..najib bulat..hee

  2. haha..okies..ak pong tulis ikut sedap ati jea..dari sudut ak lah..haha..kalau ada salah kena kutuk aku terima jea..peas..
    no mOney no hOney..gegege..

Tinggalkan komen