24th Already

Salam..terima kasih kepada teman-teman yang mendoakan kesejahteraan saya sempena ulangtahun kelahiran saya ke-24,sama ada di friendster atau khidmat sms. Rasanya baru semalam saya dan kawan-kawan bermain selut (lumpur) sambil mandi di tepi parit dekat dengan sawah Poklong Hussin.

Salam penghargaan juga kepada teman-teman yang datang memeriahkan bbq di rumah saya di Suriamas. Walaupun satu badan dimandikan dengan air kunyit, terima kasih kerana datang walaupun esok mempunyai kerja dan kuliah. Terutamanya kepada sapuan(gimik air pancut=p) dan acap jr (super junior gelarannya)

Hari ini saya sudah memasuki 24 tahun.Syukur pada ALLAH yang panjangkan umur saya. Bunyinya macam sudah tua.namun bak kata orang makin tua makin berisi . moga bukan sahaja “berisi” perut yang sudah 70kg ini. Namun berisi dari segi sumbangan kepada agama dan Negara. Doa dan dokongan dari teman-teman sentiasa dihargai.

Terima kasih

Mohd Najib Bin Zakaria

Tinggalkan komen