Archive for the politik Category

apo keno yOb..!!!

Posted in politik on Februari 12, 2009 by kopokkopok

mungkin saya agak terlewat disini.alasannya pulang ke Kelantan.kemudian kunci rumah dan kad akses saya hilang.dari salak selatan ke bdr sunway saya mencari.sempat juga mempelajari bagaimana membuat laporan polis.

menarik perkembange di perOk deh“, kata seorang ustaz yang selalu membawa jemaah dari malaysia ke Mekah mengerjakan umrah

paginya pula..di sebuah kedai tidak jauh dari wakaf Che Yeh nada yang lebih ekstrim kedengaran..ginilah kalu org k**** rentoh gak..merujuk situasi di perak

sebenarnya penulisan saya kali ini tidak sesuai kepada mereka yang ekstrim.bahasa mudahnya “kalu ayah dio pas gak dia sokong pas..kalu ayah dia umno dia sokong umno”.

berfikirlah secara rasional dan bijaksana

saya melihat situasi menarik ni tidak lebih dari permainan politik orang atasan.yakni pemimpin politik dari kedua-dua pihak.yang tertipu siapa?RAKYAT..

sekiranya anda berpendapat bahawa pemimpin anda sokong itu sama ada dari PAS,BN,DAP atau PKR bersih dan suci.anda silap. semua ini politik dan hanya orang yang pandai ambil kesempatan sahaja yang akan menang-saya cuba untuk menyebut MB kelantan tidak termasuk dalam senarai ini.

Beberapa fakta yang saya kira boleh dibuat penilaian oleh orang yang cerdik dan sememangnya semua orang ketahui.

selepas PRU ke-12..penasihat PKR mencanang-canang ramai YB(YANG BAIK kata anak sedara saya sewaktu ayahnya ingin bertanding-sebab tidak tahu maksud YB itu) akan menyertai pembangkang.sama ada melalui “tunai” atau secara “terhormat” seperti ADUN Bota.

sungguh saya tidak tahu.tapi apakah tindakan Pakatan Rakyat(PR) apabila peristiwa itu(kes ADUN bota).mereka kata itu positif.tapi bila kejadian sama berlaku kepada PR.mereka kata itu salah. jika kita buat boleh orang lain pun boleh buat benda yang sama.inilah POLITIK sahabat sekalian.

Hari ini Perak mendapat MB besar yang baru(idup manjong kata seorang sahabat saya dari perak).Dari segi undang-undang tanyalah Karpal sendiri pelantikan ini SAH..cuma lebih manis kalau dilakukan di Dewan yang Mulia.

saya juga bersimpati kepada Mantan MB kerana “dihalau dan dihambat sebegitu. sebagaimana kejam pun politik seharusnya kita hormatilah orang yang pernah menjadi MB.

Namun jika kita melihat isu ini sebagai suatu tindakan untuk menjatuhkan agama islam.saya berpendapat ia silap.kita tanya balik siapakah yang berkuasa di perak sebelum ini dan adakah MB yang baru ini bukan beragama islam. jangan kita rasa kita lebih islam dari orang lain.

Seperkara lagi merujuk kepada istilah DAULAT dan Derhaka.sebagai seorang pelajar sejarah(memimjam kata-kata Prof Abdullah Zakaria,um) saya agak memahami maksud tersebut.

Memang benar, akhbar yang di kuasai oleh kerajaan hari ini bayak memutar belit.sebab itu selain baca utusan saya juga membaca berita lain. saya percaya rakyat perak tidak ingin derhaka kepada sultan perak.begitu juga dengan mantan MB, tapi sebagai manifestasi kemarahan sahaja.

ini bukan sesuatu yang baru.di Terengganu juga pernah berlaku. apabila MB ketika itu(orang kg saya-jerteh) tidak diterima oleh Sultan.jadi rakyat dikuasai oleh emosi.emosi itu datang dari sape?dari pemimpin atasan.situasi ini juga sama di perak saya kira.

akhirnya saya rasa penyelesaian kepada krisis ini ialah “tunggu dan lihat”.saya kata sedemikian kerana selepas ini rakyat bukit gantang(perak) dan bukit selambau(kedah) akan membuat pilihan sekali lagi.bukit gantanglah saya kira keputusannya sama ada rakyat pilih siapa.nampaknya orang paling sibuk selepas PRU12 ialah SPR lah.sebab terlalu banyak pilihanraya.selepas ini dimana pula?

dari kuala ganu ke um..

Posted in politik on Januari 23, 2009 by kopokkopok

Tajuk diatas aku jumpa sewaktu melihat satu komen di friendster.ceritanya seorang pelajar yang menasihatkan rakan-rakanya untuk membuat pemilihan yang tepat dalam pilihanraya kampus um.

setiap kali pilihanraya tidak kira umum atau kampus pastinya banyak isu yang timbul.begitu juga di kuala terengganu. banyak faktor yang diperkatakan mengenai kekalahan parti memerintah. paling hangat tentang calon. seperti biasa aku tidak mahu memberi sebarang komen mengenai situasi diatas.yang pasti kekalahan tersebut memang dijangka awal-awal lagi,walaupun bakal PM berkempen hampir dua minggu di kuala ganu.

situasi di atas juga seperti dijangka juga berlaku di universiti perdana,universiti malaya. tahniah kepada Pro-M. bukan niat untuk menidakkan kejayaan pro-m di um namun dari awal-awal lagi seperti dijangka aspirasi atau dikenali sebagai GERAK MAHASISWA sekarang tidak mampu mengekalkan kemenangan di UM.

tanpa malu, aku juga “orang” aspirasi dan berjuang bersama-sama rakan-rakan untuk memberi kemenangan kepada aspirasi.namun berapa ramai “orang-orang” lama aspirasi yang kecewa dengan aspirasi.ini kerana dalam aspirasi sendiri wujud “blok-blok pemisah”. jentera aspirasi hanya diperlukan semasa pilihanraya lepas itu dibiarkan berterbangan sendiri.

walaupun aku terpalit besar dengan isu “bekas s/u” aku yang kini menjadi orang kuat Pro-M atau mungkin s/u MPP-suatu tamparan besar bagi sebuah kolej kediaman dan juga pemangku pengetunya. namun aku rasa kemenangan proM kali ini wajar diiktiraf.berilah peluang untuk “budak-budak” baru untuk menilai.dan akhirnya hanya kerja yang baik jua yang akan dinilai  .bukan setakat laungan”perubahan”.namun hasil satu pun tiada.

seterusnya kemenangan proM juga memberi singnifikan kepada orang-orang aspirasi yang korup dan lari dari perjuangan sebenar.

melayu itu racist?

Posted in politik on September 8, 2008 by kopokkopok

sebenarnya artikel ini aku nak keluarkan pada isnin lepas sejurus tim. perdana menteri malaysia bukan najib zakaria tapi najib tun razak pohon maaf diatas “ceramah perkauman”yang dibuat oleh datuk Ahmad.tindakan ini mengecewakan ramai orang melayu.

pohon maaf bukanlah perkara asing bagi masyarakat melayu yang kaya dengan adat dan budaya.namun mestilah dibuat dengan sebab yang munasabah.

aku tidak berminat untuk memberi komen panjang kerana sebenarnya orang yang berada ditempat kejadian sahaja yang mengetahui isi kandungan ceramah tersebut.ini juga balasan kepada parti pemerintah yang selalu memetik perenggan-peranggan yang salah sahaja untuk menghentam pembangkang. cadangan saya tiru sahaja pembangkang yang merakam setiap ceramah kemudian dijual.selain dapat wang boleh juga menjadi bukti.tidak perlu bertengkar dalam surat khabar.

namun aku terpanggil dek kerana begitu banyak ketuanan melayu dicabar SEKARANG. satu persatu.antaranya ialah tindakan Datuk Hishamuddin menghunus keris semasa perhimpunan UMNO juga dianggap salah sedangkan itu sudah menjadi kebiasaan dalam budaya melayu.kenapa tidak diprotes bila ada raja-raja yang menghunus keris dan menciumnya.namun apa yang dikesalkan kenapa menteri tersebut pula yang tampil memohon maaf sedangkan orang tidak mendesaknya.adakah kerana dianggap sebagai sebab parti pemerintah kalah dalam p/raya lepas.

memang benar kata Che Det bahawa melayu takut dilabel sebagai racist atau perkauman.kerana takut melukakan kaum lain. ini jelas sekali berkait dengan politik.mereka sanggup untuk meminta maaf untuk menyelamatkan kaadaan walaupun maruah melayu dicabar.tambahan pula disaat genting 16 september.

ak juga mempunyai kawan-kawan dari kaum lain.cina,india, termasuk juga sabah dan serawak.sebagai seorang pelajar sejarah kenyataan datuk Ahmad sebenarnya tidaksalah kerana sejarah tidak akan menipu manusia.kalau tidak percaya rujuk sahaja buku sejarah.

teman juga terkejut bila mendapat satu sms dari seorang kawan. sesiapa yang membaca sms tersebut juga akan “panas”. nama perlu dirahsiakan kerana dia mempunyai jawatan yang tinggi juga. beliau mendakwa seorang ahli parlimen wanita DAP pada 26 jun 08 telah menghantar satu petisyen penduduk di Puchong kpd Dato Satim Diman minta agar azan subuh diperlahankan kerana mendakwa mengganggu ketenteraman awam.tidakkah hal ini melukakan hati orang melayu-islam?dan banyak lagi isu ketuanan melayu lain!!

perkembangan-perkembangan ini seharusnya menyedarkan pemimpin-pemimpin melayu, orang melayu dan kita bahawa hak melayu harus dipertahankan dan dimurnikan. hal ini menuntut generasi pasca kemerdekaan untuk berfikir bukan juga melaungkan persamaan demi populariti dan kemenangan politik..

kali ni sama2 la lita pikir.. peas!!

debat…

Posted in politik on Julai 16, 2008 by kopokkopok

semalam maka berlangsunglah satu debat antara penasihat parti keadilan nasional datuk seri an war ibrahim dengan menteri penerangan datuk saberi, (orang ganu 2 alip) yang disiarkan secara langsung di tv9 dan tv3, sesuatau yang jarang kita lihat sebelum ini.satu pujian untuk menteri dari terengganu ini..hee..tanpa perlu diperkenalkan lagi datuk seri anwar ibrahim dengan gaya gentlemannya mempunyai skill yang tersendiri sebagai “perdana menteri” menyampaikan debat sehingga mengujakan pembangkang dan juga orang dalam kerajaan,begitu juga datuk saberi yg dulunya sebagai presiden pmium..kl skrg mesti akan ditentang kuat oleh aspirasi um..tiba-tiba teringat semasa di um suatu ketika dahulu=p..ak mmg xpandai nak mengulas angka-angka ni kerana bukan dilahirkan sebagai seorang ahli ekonomi walaupun petronas hari mengumumkan lagi keuntungan yang turut diakui anwar semalam..ak cuma ahli sastera..kajang pak malau kajang berlipat..tak2..tak2..apa yang ingin disampaikan disini kesediaan pihak anwar dan pihak kerajaan “memberi kerjasama” dalam perdebatan ini wajar dipuji kerana rakyat perlu diberi penjelasan..bukan dipermainkan oleh seseorang yang “ingin ingin berkuasa” dan “terus berkuasa”..secara kebetulannya ilmu politik ak kurang..jadi tidak boleh la ulas lebih-lebih..huhu..semoga kaadaan ini berterusan..insyaAllah..

minyak di laut..demontrasi di darat..dalam periuk..bikin muafakat..=p